topbella

Sunday, October 30, 2011

DOA-DOA MUKMIN




1.Doa sebelum belajar  
“Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmah-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, wahai Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang.” 

2.Doa sedang belajar  
“Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang yang arif. Kurniakanlah kepada kami kefahaman nabi-nabi dan ilham malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."

3.
Doa ketika gagal dalam sesuatu 
“Memadailah bagiku Allah sebagai pelindung dan Dialah sebaik-baik penolong dan pembantu.”

4.
Doa susah tidur 
“Wahai Tuhanku, sudah terbenam bintang-bintang dan sudah tidur segala mata. Engkau Tuhan yang hidup dan tetap menguruskan segala urusan dengan sendiri, tidak mengantuk dan tidak tidur. Tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku.”

5.
Doa mohon rahmat Allah 
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami menjadi orang yang rugi". 

6.Doa perlindungan daripada malapetaka 
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada runtuhan, kebinasaan daripada tenggelam, kebakaran dan lanjut usia. Dan aku berlindung kepadaMu daripada godaan syaitan ketika menghadapi maut. Aku berlindung daripada mati kerana disengat binatang kala. Dan aku berlindung kepadaMu daripada sifat rakus yang mengakibatkan menjadi tabiat." 

7.Doa ketika memulakan kerja berat  
"Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah dan aku berserah segala urusanku kepada Allah, memadailah bagiku Allah sebagai Pembantu dan sebaik-baik yang memberi pertolongan, tiada daya usahaku, dan tiada kekuatan melainkan Allah yang maha Tinggi lagi Maha Agung."

fly for His Blessing

Monday, October 24, 2011

selamat pengantin baru~~~

Assalamualaikum buat semua reader :)

tengok kpd tittle pon semua dah tahu yg kali ni sy nk kongsi pasal apakn.. erm..
tp mesti tertanya-tanya sipakah gerangan empunya badan yg saya maksudkan di sini..
ok,, sebenarnya entry ni sy tuju khas kepada abang sulong (along) dan kakak ipar saya.
yg telah pon slmt diijabkabulkan.. pd 7 & 8/10 baru2 ni. Jauh kami sekeluarga memetik bunga
utk along.. dari pasir mas ----> bentong pahang.. Almaklum, jodoh dah sampai kt sana..
sebelum diijabkabulkan, dgn persepakatan yg telah dibuat bg kedua belah pihak bertunang la dlu sebelum akad.. so.. kami buat tunang dan akad hari yg sama.. slpas zohor tunang dan selepas asar akad nikah.. keesokan harinya majlis nikah penuh adab.. so sweet n sonok..:) barokallahu lakuma..

ni la saat2 pertunangan...tym ni, umi dgn bakal kak ipar.. huhu

hantaran belah laki



hantaran belah perempuan

lepas akad nikah scra sah....<3


majlis kahwin...

SEMOGA ALONG DAN ISTERI BAHAGIA HINGGA KE JANNAH..
AMIN..
BAROKALLAHU LAKUMA ^_*



Tuesday, October 18, 2011

kembali ke UniSZA

sudah lama tak buat entry bru,, ni bru berkesempatan mencoret..
bulan puasa dah berlalu,, Raya puasa dh lama berlalu, ni tunggu nak raya haji pula.. ermm kalau kita menghitung hari, dah xlama dah nk raya ni... xsabar rasa..:p nak makan daging lembu korban.. huhu.. mudah2an Allah panjangkan umur kita.. Amin Ya Robb..

cepatnya masa berlalu.... 4 bulan cuti blaja, sekarang ni dah kembali ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA ) kampus Gong Badak  ganu.. pejam celik pejam celik dah sebulan lebih duk cni. rasa bru je abah ummi hantar utk daftar.  kali ni bukan jd senior dah (sbb dlu dip. kt sini), tp dah jd junior balik.. ^_^  sem 1 degree. Sambung blaja ni 3 1/2 plak. Habis nanti dah umur banyak,waaa... tp belum tua lagi.. :) huhu... pe2 pon, xkira umur 2, janji dapat ilmu.. sambil boleh ilmu dunia, Akhirat pun dapat (insyaAllah)..Amin

04/09/11 bermulalah kehidupan baru. Pasir mas -----> UniSZA. datang bersama2 ABAH UMI tersayang.. datang sarat dengan jiwa besar, penuh harapan, membawa amanah yg ditinggalkan oleh kedua ibu bapa ku, dan berbagai perasaan dibenak fikiran ni.. mudah2an dan sama2 kita berdoa semoga sejuta harapan tersebut bertemu dengan kejayaan (AMIN YA ROBB) T_T...

Seminggu sy bersama kawan dan sahabat sahabiah menjalani minggu mesra siswa (MMS). Faham2 la kalau minggu orientasi, masuk dan keluar dewan. Kepala pun dah sarat dengan maklumat penting.. Semuanya nk kena cepat.. kalau tidak kena marah kat saudara dan saudari FC kita. MMS kali ni rasa macam sedikit kelainan. tambah2 lagi bru lepas kebangkitan isu Perhimpunan Bersih. Isu panas gak tu.. apa2 pun yg baik kita ambik dan yg kurang baik kita buat tak tahu je... huhu.. yg penting ambil semua tu sebagai pengajaran.

Sepanjang pengajian kat sini, Alhamdulillah berjalan dgn lancar, dgn daftar kursusnya, gugur dan tambah kursusnya. Syukur ada sahabat2 saling tolong menolong. dpt la settle semua. penat tu xterkira.. maybe lecture pon dah muak tgk muka kami, mn xnya,, sepanjang 2 mggu asyik keluar masuk pejabat fakulti.. femeh kejap. huhu..xkisah lah tu semua, aslkan semua dah settle..Alhamdulillah... Dalam sebulan ni jugak banyak dah asgnment kena buat.. sbb kan terlalu byk, tak tahu nk mula dri mana... ayyoo.. hantar pulak tu lepas raya haji nie semua.. pening2.. harap2 dapat settlekn semua dgn jayanya.. Amin.. jgn lupa doakan sy ye reader2 ^_^.. mekasih.. rasa setakat ni dulu celoteh cik qisya,
akhir kalam Wassalam...c u

logo UniSZA
ILMU DEMI FAEDAH INSAN
Dewan Besar




My Photo
cik qisya iffah
hamba Allah yang mengharapkan REDHA-NYA didunia dan diakhirat... * segalanya milik MU *
View my complete profile

Algo sobre mi