topbella

Friday, December 16, 2011

Makanan untuk Kesihatan

Seseorang perlu makan makanan yang menjadi kebiasaan atau asasi kepada penduduk sesebuah negara, seperti makan nasi (roti), daging (ikan, telur), sayur-sayuran dan juga buah-buahan serta air susu. adapun makanan yang bukan menjadi kebiasaan atau tidak kena dengan selera sebaiknya ditinggalkan, kerana akan menjadi lebih baik untuk kesihatan kita.

kita melihat kepada Hadis HR Bukhari : " meriwayatkan bahawa ketika dihidangkan daging biawak yang telah dipanggang, kemudiannya dihadapkan kepada Nabi, maka baginda tidak memakannya ".

contoh yang kita mesti ikuti ialah Nabi Allah, Muhammad Rasulullah, yang selalu menjaga kesihatan. baginda sangat menyukai daging kambing, kerana ia sangat baik untuk kesihatan perut, menimbulkan kekuatan dan kesihatan,  mudah dicerna dalam perut. sekiranya makan daging kambing yang sedikit itu lebih baik dan bermanfaat bagi Nabi daripada makan daging biawak atau lainnya.

Dasar daripada makanan Nabi sebenarnya ada 3 iaitu :
* daging
* madu
* halwa (makanan dari tepung, gula dan minyak samin )
semuanya itu memberi manfaat untuk kesihatan dan juga hati kita.

terdapat juga Hadis Nabi tentang Cuka :
      riwayat Muslim  :     نعم الإدام الخلَ    ( Ni'mal idaamul khallu )
          maksudnya : " sebaik-baik lauk-pauk adalah Cuka
selain itu Rasulullah S.A.W. juga memberi panduan kepada kita beberapa cara dan sikap ketika makan iaitu:
Duduk ketika makan, Nabi menegah kita minum & makan cara berdiri. Nabi juga tidak menyukai makan makanan yang bersamaan seperti Susu dan Daging, Susu dan Minuman Asam, Minuman yg Panas dan Dingin, Susu dan Telur dan juga tidak menyukai makan diwaktu udara yang terlalu panas.

Minum selepas makan adalah penting, kerana tubuh manusia memerlukan air untuk menggantikan kekurangannya yang telah keluar, sama ada melalui buang air kecil, tinja (kotoran) dan wap air keluar dari saluran badan. wallahu a'lam ^_^


fly for HIS Blessing

Sunday, December 11, 2011

jadikan al-Quran panduan hidup kita

Dikatakan :-


 ۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
 ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
 ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
 ۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
 ۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
 ۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
 ۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
 ۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
 ۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
 ۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. 

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-


 ۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
 ۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
 ۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
 ۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
 ۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
 ۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
 ۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG








<3 fly for HIS Blessing <3

My Photo
cik qisya iffah
hamba Allah yang mengharapkan REDHA-NYA didunia dan diakhirat... * segalanya milik MU *
View my complete profile

Algo sobre mi