1.Doa sebelum belajar
“Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmah-Mu dan
limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, wahai Allah yang Pemurah lagi Maha
Penyayang.”
2.Doa sedang belajar
“Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang
yang arif. Kurniakanlah kepada kami kefahaman nabi-nabi dan ilham malaikat yang
hampir dengan-Mu, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang."
3.Doa ketika gagal dalam sesuatu
3.Doa ketika gagal dalam sesuatu
“Memadailah bagiku Allah sebagai pelindung dan
Dialah sebaik-baik penolong dan pembantu.”
4.Doa susah tidur
4.Doa susah tidur
“Wahai Tuhanku, sudah terbenam bintang-bintang dan sudah
tidur segala mata. Engkau Tuhan yang hidup dan tetap menguruskan segala urusan
dengan sendiri, tidak mengantuk dan tidak tidur. Tenangkanlah malamku dan
tidurkanlah mataku.”
5.Doa mohon rahmat Allah
5.Doa mohon rahmat Allah
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami
sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami,
nescaya kami menjadi orang yang rugi".
6.Doa perlindungan daripada
malapetaka
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada
runtuhan, kebinasaan daripada tenggelam, kebakaran dan lanjut usia. Dan aku
berlindung kepadaMu daripada godaan syaitan ketika menghadapi maut. Aku
berlindung daripada mati kerana disengat binatang kala. Dan aku berlindung
kepadaMu daripada sifat rakus yang mengakibatkan menjadi tabiat."
7.Doa ketika memulakan kerja
berat
"Dengan nama Allah, aku mulai dan aku
bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah dan aku berserah
segala urusanku kepada Allah, memadailah bagiku Allah sebagai Pembantu dan
sebaik-baik yang memberi pertolongan, tiada daya usahaku, dan tiada kekuatan
melainkan Allah yang maha Tinggi lagi Maha Agung."
![]() |
fly for His Blessing |
0 comments:
Post a Comment