topbella

Tuesday, October 18, 2011

kembali ke UniSZA

sudah lama tak buat entry bru,, ni bru berkesempatan mencoret..
bulan puasa dah berlalu,, Raya puasa dh lama berlalu, ni tunggu nak raya haji pula.. ermm kalau kita menghitung hari, dah xlama dah nk raya ni... xsabar rasa..:p nak makan daging lembu korban.. huhu.. mudah2an Allah panjangkan umur kita.. Amin Ya Robb..

cepatnya masa berlalu.... 4 bulan cuti blaja, sekarang ni dah kembali ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA ) kampus Gong Badak  ganu.. pejam celik pejam celik dah sebulan lebih duk cni. rasa bru je abah ummi hantar utk daftar.  kali ni bukan jd senior dah (sbb dlu dip. kt sini), tp dah jd junior balik.. ^_^  sem 1 degree. Sambung blaja ni 3 1/2 plak. Habis nanti dah umur banyak,waaa... tp belum tua lagi.. :) huhu... pe2 pon, xkira umur 2, janji dapat ilmu.. sambil boleh ilmu dunia, Akhirat pun dapat (insyaAllah)..Amin

04/09/11 bermulalah kehidupan baru. Pasir mas -----> UniSZA. datang bersama2 ABAH UMI tersayang.. datang sarat dengan jiwa besar, penuh harapan, membawa amanah yg ditinggalkan oleh kedua ibu bapa ku, dan berbagai perasaan dibenak fikiran ni.. mudah2an dan sama2 kita berdoa semoga sejuta harapan tersebut bertemu dengan kejayaan (AMIN YA ROBB) T_T...

Seminggu sy bersama kawan dan sahabat sahabiah menjalani minggu mesra siswa (MMS). Faham2 la kalau minggu orientasi, masuk dan keluar dewan. Kepala pun dah sarat dengan maklumat penting.. Semuanya nk kena cepat.. kalau tidak kena marah kat saudara dan saudari FC kita. MMS kali ni rasa macam sedikit kelainan. tambah2 lagi bru lepas kebangkitan isu Perhimpunan Bersih. Isu panas gak tu.. apa2 pun yg baik kita ambik dan yg kurang baik kita buat tak tahu je... huhu.. yg penting ambil semua tu sebagai pengajaran.

Sepanjang pengajian kat sini, Alhamdulillah berjalan dgn lancar, dgn daftar kursusnya, gugur dan tambah kursusnya. Syukur ada sahabat2 saling tolong menolong. dpt la settle semua. penat tu xterkira.. maybe lecture pon dah muak tgk muka kami, mn xnya,, sepanjang 2 mggu asyik keluar masuk pejabat fakulti.. femeh kejap. huhu..xkisah lah tu semua, aslkan semua dah settle..Alhamdulillah... Dalam sebulan ni jugak banyak dah asgnment kena buat.. sbb kan terlalu byk, tak tahu nk mula dri mana... ayyoo.. hantar pulak tu lepas raya haji nie semua.. pening2.. harap2 dapat settlekn semua dgn jayanya.. Amin.. jgn lupa doakan sy ye reader2 ^_^.. mekasih.. rasa setakat ni dulu celoteh cik qisya,
akhir kalam Wassalam...c u

logo UniSZA
ILMU DEMI FAEDAH INSAN
Dewan Besar




0 comments:

Post a Comment

My Photo
cik qisya iffah
hamba Allah yang mengharapkan REDHA-NYA didunia dan diakhirat... * segalanya milik MU *
View my complete profile

Algo sobre mi