topbella

Friday, March 9, 2012

Terima Kasih kerana pernah jd SAHABATKU

Assalamualaikum wahai Sahabatku...

terima kasih yg tak terhingga ku panjatkan kepada MU Ya ALLAH.. kerana telah menemukan sahabat yg baik untukku.. pertemuan yg ketika dahulu disulami dengan Ukuwwah Fillah... atas satu Akidah yg satu... untuk menegakkan Kalimah MU... aku Bersyukur Ya Rabb... betapa indahnya waktu itu.. bila aku sedih.. menangis.. duka.. KAU hadirkan insan ini kepada ku.. dan membuatku kembali ceria.. gembira.. sehingga terlupa pahit yg telah ku telan dan rasai. Subhanallah.. hebatnya Allah...

sahabatku... masihkah dikau ingat..???? kita sama2 berkongsi rasa... meluahkan segala yg tidak tertanggung dek qalbi.. ? sama2 bagi semangat.. boring2 kita keluar bersama.. bersiar2 kat pantai.. makan aiskrim... erm.. sejuta kenangan.. semuanya masih segar diingatan ku.. walaupun kita lain syukbah..tp itu bukan menjadi penghalang untuk kita berukhuwwah kan... ^_^

sahabatku.... ,tapi sekarang.. semuanya tinggal kenangan... kenangan yg tak akan pernah ku lupakan.. walaupun ku tau kita dah lama tak bersua.. aku dengan hidupku yg terus berjuang dimedan pendidikan. Dan kamu?? mungkin dengan arus pekerjaan yg tidak ku tahu..  sekarang, hanya DIA yg tahu perasaan aku.. perasaan dengan oenuh tanda tanya, mengapa kamu memilih untuk diam membisu?? sampaikan aku call tak pernah terangkat.. sms tak pernah berbalas.. tapi... terpaksa aku gagahkan hati, memberi sepenuhnya husnu zhon terhadap tindakan kamu.. "mungkin kamu sibuk dengan tugas2 harian", "mungkin tak ada kredit nk balas sms,, Ok fine! ".. (bersabarlah wahai Qalbi)

sahabat.... hari ini aku dikejutkan dengan berita dari sahabatku yg lain tentang dirimu.. aku tak percaya.. tapi itu adalah hakikat.. erm.. dia kata kamu dah nak kawin!.. katanya berita tu dia tau dari kamu sendiri.. betul kah wahai sahabat???  aku terkesima.. sebab aku tak diberitahu pun tentang ni. (terfikir: inikah dipanggil sahabat sejati? yg selama ini kita pernah mengharungi hidup bersama)..  aku pasrah Ya Allah.. mungkin ada hikmah disebalik semua yg terjadi.. mudah-mudahan husnu khatimah untuk kita bersama.. Aminn
sempena hari perkahwinan sabahatku ( 10/03/2012) :

*** Doa khas Buat Sahabatku ***
Ya Allah Ya Rahim
Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,
Kau limpahkanlah rahmat jua keampunan Mu kepada pengantin suami isteri,

berkatilah majlis yang diadakan dengan

keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya.

Sesungguhnya pertemuan ini dengan izinMu.
Kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan Mu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia.
Dengan Taufik dan Hidayahmu,
beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat kelak.
Amin Ya Rabbal Alamin


p/s : berusahalah kita untuk menjaga hati sahabat.. kahwin hanya sekali.. jemput dulu, dtg @ tak itu lain cerita. sentiasa berlapang dada dan baik sangka.. Insya Allah.. 
aku terima nikahnya....



<3 fly for His blessing <3


Friday, February 17, 2012

Enam Persoalan Hidup-Imam Al-Ghazali


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya..

--Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama :
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

--Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua : 
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

--Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga : 
"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

--Pertanyaan keempat adalah : 
"Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang jawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

--Pertanyaan yang kelima adalah : 
"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

--Pertanyaan ke enam adalah :
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan senangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. 
Wallahua’lam..




<3 fly for His Blessing <3

Friday, January 27, 2012

tips kempiskan perut


Assalamualaikum readers... ^_*

semoga sihat2 selalu yerr... erm.. sering kali kita tgk lelaki atau pak cik-pak cik yang mengalami 'perut buncit' disebabkan lemak telah menyerang perut mereka. haa... kalau dah jadi begitu, agak susah nk kembali kempis yerr.. sebenarnya semua tu disebabkan faktor makanan yg kurang seimbang. mn tak nyer makan makanan yg berminyak dan yg mempunyai kandungan lemak, tapi tak cover balik dgn makanan yg seimbang. apabila dah jadi macam ni agak jelek kalau dipandang.  kadang2 sy terpikir jugak nk buat mcm mn kalau dah jd buncit tu.. ye la.. bukan kaum adam shj yg buncit ni.. kamu hawa pun ramai je. seolah-olah menjadi mimpi ngeri plak.. aissshhh...

tapi tak pe, sy telah terbaca petua dan sy akan berkongsi dgn anda semua juga. Insya Allah, mudah2an ia mengembalikan kementainan  dan slim perut tuu... 

petuanya :

1-Minyak Zaitun 

Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya.

Dengan kaedah ini, semua lemak-lemak tadi akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak berlebihan  serta mengatasi masalah berat badan.

2- Limau Kasturi + Kapur Makan 

Bentuk perut yang buncit memang jelek dipandang mata. Malah agak sukar pula untuk menggayakan fesyen terkini. Bagi yang telah mencuba pelbagai cara untuk menghilangkan lemak dan selulit di kawasan perut, bolehlah mencuba petua ini.

Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapulah ke bahagian perut yang buncit.Insyaallah akan pecah lemak dalamannya melalui proses buang air besar keesokkan harinya dan jangan lupa minum banyak air kosong.

p/s : Apa yang penting, anda kena rajin melakukannya setiap hari dan barulah mendapat hasilnya. 
Selamat mencuba.
jom sama2 kempis ^^



<3 fly for His Blessing <3

Wednesday, January 25, 2012

SYUKUR... DIA terlalu sempurna untuk KU...





Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa

sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.

Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemi selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh menaip dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”

“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun.. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
P/S : kdg2 kasih sayang yg telah dicurahkan tidak semestinya dengan luahan kata2, bahkan kasih sayang yg diluahkan dengan 'perbuatan' lebih murni tak semestinya kita dgn pasangan, tetapi juga kita dgn ibu ayah, adik-bradik dan saudara mahupun dgn sahabat kita~~ buat renungan bersama <3 ^_*



<3 fly for HIS Blessing <3

Wednesday, January 11, 2012

kerana ALLAH aku cinta padamu


<3 kerana ALLAH aku cinta padamu <3



Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. 
Untuk diluruskan oleh lelaki. 
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, 
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. 

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, 
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. 
Didiklah mereka dengan panduan darinya. 
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, 
kerana nantinya mereka semakin liar. 
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, 
kerana nantinya mereka akan semakin derita. 
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. 
Di situlah punca kekuatan dunia. 

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. 
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... 
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. 

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... 
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab... 
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. 
Ia bukan diskriminasi Allah... 
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... 

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... 
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... 
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... 
Bahkan akan semakin membengkok... 
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... 

Bila wanita menjadi derhaka... 
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... 
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata... 
Tapi binalah kepimpinan... 
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya... 
Jinakkan diri kepada allah... 
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu... 
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' 
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.

<3 fly for HIS Blessing <3

My Photo
cik qisya iffah
hamba Allah yang mengharapkan REDHA-NYA didunia dan diakhirat... * segalanya milik MU *
View my complete profile

Algo sobre mi