topbella

Friday, June 3, 2011

salam REJAB ^_^

sedar tak sedar dah pun masuk bulan REJAB 1432h.. 
cepat je masa berlalu.. umo pun da mula meningkat..
tapi macam mana pula dengan amalan kita??? tepok dada tanya la iman kita.. mudah2an kita sentiasa bersama naungan Illahi.. Amin..


Sabda nabi S.A.W : “Sesungguhnya bulan Rejab itu bulan Allah, bulan Syaaban itu bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.” 


Rejab.. maksudnya ialah  ta’azim ( kebesaran, keagungan dan kemuliaan ).Bulan Rejab juga adalah salah satu bulan yang sangat dimuliakan dalam Islam. Pintu rahmat daripada Allah terbuka luas bagi hamba-hambaNya yang inginkan kesejahteraan jiwa dan ketenangan fikiran.


banyak kelebihan bulan ini.. antaranya ialah :


  1. malam awal Rejab mustajab Doanya
  2. puasa sehari pada bulan Rejab mendapat pahala syurga yang tertinggi (Firdaus).
  3. Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya
  4. puasa 3 hari mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)
  5. puasa 4 hari diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari kiamat
  6. puasa 5 hari aman dari azab kubur
  7. puasa 6 hari keluar dari kubur bercahaya mukanya
  8. puasa 7 hari ditutup daripadanya 7 pintu neraka
  9. puasa 8 hari dibuka baginya 8 pintu syurga
  10. puasa 9 hari keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah' tidak ditolak dia dari memasuki syurga
  11. puasa 10 hari, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titian Sirotulmustaqim pada tiap-tiap satu batu.
  12. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.



    “Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan memohon keampunan dari dosa-dosa kamu dan 

    hindarkanlah perbuatan maksiat dalam bulan mulia iaitu bulan Rejab.












0 comments:

Post a Comment

My Photo
cik qisya iffah
hamba Allah yang mengharapkan REDHA-NYA didunia dan diakhirat... * segalanya milik MU *
View my complete profile

Algo sobre mi