topbella

Saturday, May 14, 2011

berani menyayangi orang lain

beruntungnya kita bukanlah disebabkan dari apa yang kita dapat, tetapi dari nilai manfaat yang telah kita berikan. bukankah sebaik-baik manusia adalah orang yang paling banyak memberi manfaatnya bagi hamba ALLAH yang lain?


  •  Rajin bersilaturrahim
    silaturrahim secara berjadual, penuh perhatian, kasih sayang dan ketulusan walaupun hanya beberapa ketika, benar-benar akan mempunyai kesan yang mendalam, lebih-lebih lagi jika membawa hadiah, insyaAllah akan menumbuhkan kasih sayang.

  • Tolong dengan apa pun
    bersegeralah menolong dengan segala kemampuan, harta, tenaga, waktu atau sekurang-kurangnya perhatian yang tulus. biar pun perhatian untuk mendengar keluh kesahnya. Apabila tidak mampu, maka berdoalah dan percayalah bahawa kebaikan sekecil mana pun akan diperhatikan dan dibalas dengan sempurna oleh Allah. 

  • Sumbangan ilmu dan pengalaman
    jangan sekali-kali segan untuk mengajarkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki, kita mesti berusaha supaya ilmu dan pengalaman yang ada pada diri kita menjadi jalan bagi kejayaan orang lain.

         InsyaAllah jika hidup kita penuh manfaat dengan tulus ikhlas, maka kebahagian dalam bergaul dengan sesiapa pun akan terasa nikmat, kerana tidak mengharap sesuatu dari orang lain melainkan melakukan sesuatu untuk orang lain. Semata-mata kerana ALLAH s.w.t.


Wednesday, May 11, 2011

kerana "DONUTS"....

     dari semalam lagi ada sorang budak ni duk sebut2 nak makan DONUT.. nak kata mengidam... xsesuai kot.. sebab belom kawin lagi... huhu.... kepada si dia yang terasa.. sabo je la ye... jangan marah.. tapi semalam saya tak layan pon.. so, xjadi la kua.. katanya nak beli kat tesco... untuk sedapkan hati dia, saya janji la dengan dia.. " kita pergi esok je la ea @_@ " dengan riangnya dia cakap "ok,, janji ^_^"

      esoknya (tadi) kul 2.30 petang dah saya kua dengan dia (berdua)..nak buat macam mana, dah ajak orang lain ikut tapi bukan main susah.. so,, berdua lebih baik.. ngee~~ saya pon start enjen kereta --> tesco. sampai tu kami terus ke kedai BIG APPLE DONUTS & C0FFEE. "nampak riang je si dia".

      bila tengok je donut2 kat sana.. waa,,, perut yang kenyang da terasa lapar... perisanya, macam2 ada... huhu..tunggu pilih je. akak yang jaga tu pon pening dengan kami.. ye la.. semua nak beli.. hehe.. jari ni tak abis2 tunjuk. nak belinye 6 pcs jer.. harganye RM 13.50.. ^_^.. lepas beli tu plak.. da rasa tak sabar dah nak makan.. masing2 dah telan air liur.. huhu.. kami pon duduk kat medan selera.. so,, pe lagi,, ngap la.. sedap...sedap..




ni la DONUTS yg kami beli ^_^
si dia yg "mengidam" (adik)



tunggu nak makan je ni.. yummy2..







diriku.. da kekenyangan suda.. hehe



              akhirnya dah tercapai hajat si dia nak makan DONUTS tu... " perut sudah kenyang, hati sudah riang, jom kita pulang " lalala... ^_^
 

~~Buat Insan Yang Diuji~~

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.




Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:


bermaksud :
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:


bermaksud :


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).


Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.


^_^

Monday, May 9, 2011

syukur kepadaNYA

salam penuh syahdu..dengan pagi yg penuh barakah...bertemankan burung2 berkicauan.. suasana kedinginan..... jom sama2 panjatkan kesyukuran kita kepada sang "Pencipta"..  pagi ni kita masih diberi rahmat dan pelbagai nikmat... nikmat kesihatan.. nikmat hidup... nikmat segalanya.. 

syukur.... syukur..... syukur....!!

walaupun kita dilanda pelbagai masalah skali pun.. ingatlah masalah dan musibah tu datang dariNYA,, dan akan kembali pun dariNYA.. jd,, kepadaNYA jualah kita memohon pertolongan dan berserah.. tapi jangan lupa, sebelum berserah,, mesti ada
DOA, USAHA, TAWAKKAL...  InsyaAllah... ^_^

jom dengar & hayati nasyid niee...... :)

Syukur --> Raihan






sebiru hari ini...... bersama kamu...

sahabat... 
di UNISZA kita bertemu..
slamanye xkan ku lupa 'AQSA B 08-11'


baru kurang seminggu ku tinggalkan UNISZA (KUSZA).. namun kenangan bersama sahabat seperjuangan tak kan ku lupakan... saat2 suka dan duka bersama... kenangan tu tetap akan terpahat di dalam ingatan ku buat selamanya.... huhu... bercakap tentang sahabat kat unisza 2,,, ku teringat pulak sahabat2 baik ku.. huhu.. ye la.. mana taknya 'sokmo' berkepit... hehe... tringat lak kt Nadia, Bie, K.na, Kak ... :)

ni tym jamuan perpisahan kelas 'AQSA B'


sume epy je lepas potong kek 'perpisahan AQSA B'.. w/p nampak epy  , aku percaya dari sudut hati kecil semua mesti sedihkan? ye la.. pasni masing2 buat hal sendiri... tak tau la bila plak boleh jumpa,, :'( sob3.. ape2 pon ku doakan kejayaan sahabat2 semua.... LOVE 4EVER... <3 <3

ku n ya..... asal lak muka baby nie kuyu jer....?? ciannye.... huhu


* sayang kamu semua *


kenangan~~.....

me and adik:)
My Photo
cik qisya iffah
hamba Allah yang mengharapkan REDHA-NYA didunia dan diakhirat... * segalanya milik MU *
View my complete profile

Algo sobre mi