topbella

Saturday, May 14, 2011

berani menyayangi orang lain

beruntungnya kita bukanlah disebabkan dari apa yang kita dapat, tetapi dari nilai manfaat yang telah kita berikan. bukankah sebaik-baik manusia adalah orang yang paling banyak memberi manfaatnya bagi hamba ALLAH yang lain?


  •  Rajin bersilaturrahim
    silaturrahim secara berjadual, penuh perhatian, kasih sayang dan ketulusan walaupun hanya beberapa ketika, benar-benar akan mempunyai kesan yang mendalam, lebih-lebih lagi jika membawa hadiah, insyaAllah akan menumbuhkan kasih sayang.

  • Tolong dengan apa pun
    bersegeralah menolong dengan segala kemampuan, harta, tenaga, waktu atau sekurang-kurangnya perhatian yang tulus. biar pun perhatian untuk mendengar keluh kesahnya. Apabila tidak mampu, maka berdoalah dan percayalah bahawa kebaikan sekecil mana pun akan diperhatikan dan dibalas dengan sempurna oleh Allah. 

  • Sumbangan ilmu dan pengalaman
    jangan sekali-kali segan untuk mengajarkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki, kita mesti berusaha supaya ilmu dan pengalaman yang ada pada diri kita menjadi jalan bagi kejayaan orang lain.

         InsyaAllah jika hidup kita penuh manfaat dengan tulus ikhlas, maka kebahagian dalam bergaul dengan sesiapa pun akan terasa nikmat, kerana tidak mengharap sesuatu dari orang lain melainkan melakukan sesuatu untuk orang lain. Semata-mata kerana ALLAH s.w.t.


0 comments:

Post a Comment

My Photo
cik qisya iffah
hamba Allah yang mengharapkan REDHA-NYA didunia dan diakhirat... * segalanya milik MU *
View my complete profile

Algo sobre mi