topbella

Friday, July 29, 2011

jom ingat mengingat

Assalamualaikum wrt..


segala puji bagi Allah.. tuhan sekalian alam.. yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. yg tidak jemu2 memberi kita sebagai ummatNya segala nikmat. Nikmat yg paling berharga dan mesti kita syukuri dan gunakan sebaik2nya ialah nikmat kesihatan. Jom kita fikirkan sejenak, nikmat ini sangatlah bermakna untuk kita. kita renungkan dan melihat dengan mata hati apabila Tuhan mengambil nikmat kesihatan ini, segalanya akan 'cacat'. oleh itu marilah sama2 kita saling ingat mengingat. yg lalai kita cuit kembali supaya kita sentiasa hidup didunia nyata.




ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara

sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum meningal dunia

masyaAllah.. betapa lalai dan alpanya hambaMU ini.. moga2, kita teringat, diingat, mengingat dengan kehidupan yang semakin maju dan berkembang ini... mudah2an celoteh ringkas sy ni mendapat manfaat bersama. ^_^

p/s: bagi hamba Allah yg telah diuji dgn berbagai cubaan dan ujian dalam hidup...semoga tabah, pasrah dan bersyukurlah.. jgn pandang kebelakang, pandanglah kedepan. sesungguhnya segala ujian dari Allah itu adalah nak menunjukkan sebenarnya Allah amat menyanyangi hambaNya, nak bg pahala lebih dan terjaga dri lalai..insyaAllah... amin.






Monday, July 11, 2011

CINTA MENGIKUT PANDANGAN IMAM AS-SYAFIE


CINTA MENGIKUT PANDANGAN IMAM AS-SYAFIE…..



1) IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.


2)Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.“



3)Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.

“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.Dia akan memungkiri  jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”


4)Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

                 
“CINTA PADA MANUSIA, MANUSIA AKAN MATI…CINTA PADA HARTA, HARTA AKAN LENYAP ..
CARILAH CINTA ILAHI KERANA ITULAH CINTA YANG ABADI…








Tuesday, July 5, 2011

salam SYAABAN 1432 H

pejam celik-pejam celik, rupanya dah berakhir bulan rejab.. erm.. ahlan wasahlan bulan SYAABAN.. :)
tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan.. dan yang paling dinanti-nanti bg umat Islam semestinya bulan syawalkan? tp bagaiman pula khabarnya dengan segala ibadah kita yang kita kerjakan bulan lepas?? pejam mata,, tanyalah hati masing-masing.. sudah tentu jawapannya bermain difikiran.. imbaslah kembali perjalanan hidup seharian kita..mudah-mudahan positif :)


ok,, kita tinggalkan seketika soal bulan lepas tu ye.. entry ni sy nak fokuskan bulan yang penuh barakah..iaitu bulan syaaban.. seperti kita mengetahuinya...Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. 


Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.



 Antara amalan yang amat dilakukan dalam bulan ini ialah puasa, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud, Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.


Dalam sebuah hadith lain, "baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid". Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.


 Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, "Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha".


* sama-sama kita mengejar SYAABAN *










Wednesday, June 29, 2011

ragam manusia melayan keEGOan...

adakah manusia mempunyai EGO?? 
tipu lah kalau kamu cakap kamu tak EGO... 
tapi EGO tu,, lain org lain egonya.
mungkin untuk menghapuskan keEGOan tu.. kne byk BERSABAR!!

EGO...
kadang-kadang ego tu ada baiknya..
tapi tak kurang juga ada buruknya..
kebanyakannya org mengetahui ego ni adalah sikap negatif seseorg.

ok la, sy bagi contoh EGO yg baik ( positif ),,
tak salah kalau kita EGO, dalam masa yg sama tujuan kita betul. ye la.. seperti ego untuk berjaya dalam hidup, nak memajukan diri, nak tingkatkan diri, nak jadi manusia yang tidak mahu kalah dengan cabaran membuatkan kita lemah.. dalam islam pun tak suka kita lemah! jd, ego tu menjadi benteng untuk kita berjaya... ego yg baik boleh membetulkan masalah atau perkara yg kurang baik..

lain pula kalau kita menyalah gunakan keEGOan kita itu dengan cara yg salah ( negaatif ) 
disebabkan EGO,, hubungan suami isteri, sesama adik bradik, mak dengan ayah, mak ayah dengan anak, kita dengan sesama manusia akan menjadi renggang. saling sakit menyakiti.. kan tak elok 2.. semuanya kita menyalah gunakan ego kita. ikut kata hati mati.. 
EGO,, bila ia membakar, memang tak kira siapa ok. 

kat sini sy kongsi tanda2 EGO.. jom baca dan renung2kan~~~

1) diberi jawatan rasa terhibur

2) tidak dilantik rasa tidak senang

3) cara teguran secara kasar

4) jika dia seorang pengikut, susah nak taat

5) mudah marah dan cepat melenting

6) emosional dan mudah tersinggung

7) sukar menerima teguran

8) tidak senang orang lain memberi pandangan

9) suka memotong cakap orang

10) suka apabila pandangannya sahaja diterima

11) bercakap dengan nada yang tinggi

12) selalu rasa tercabar

* EGO  tu perlu,, tapi kenalah berpada-pada *











Saturday, June 25, 2011

setiap yang bernyawa mesti menemui ajalnya




bila dengar lagu nie.. ermm.. takut sgt nak tempuhi saat2 kematian... erm.. entah bila ajal menemui kita. dengan amalan yg tak seberapa nie.. tepuk lah dada, tanya lah iman kita sendiri,, dimanakah tahap iman kita. adakah aku bersedia untuk semua ni??? YA ALLAH... banyaknya dosaku Ya Allah.... aku takut Ya Allah...
hanya engkau yang maha mengetahuinya! aku memohon pada-MU YA ALLAH.. KAU MATIKANLAH AKU DALAM KEADAAN IMAN.. 


Ya Allah Ya Tuhanku,
sesungguhnya, aku tak layak masuk SYURGAMU,
namun tak pula aku sanggup ke NERAKAMU,
ampunkan dosaku dan terima lah taubatku..
sesungguhnya KAU MAHA PENGAMPUN dosa2 besar..
perliharalah diriku, ibu bapaku, guru2 ku, org yg dekat dgn ku, sahabat2ku dri siksa api nerakaMU YA ALLAH... AMIN... :'(









Tuesday, June 21, 2011

new TEMPLATE

 
fuh... jenuh gak nak ciapkan tmplte ni... puas sy cri templte yg sesuai dgn jiwa..
akhirnya da jumpa... wlaupon cam ase kurang puas ati... tp xpe la... ni je sy mampu buat masa nie..
nti ada masa sy updte lgi... ngee~~ dah la dgn line yg xseberapa.. asyik putus jeeeee.... ermm.. ikutkan hati xmow da teruskan buat tmplte ni.. tp da alang2 buat.. sy gagahkan jugak la.. huhu


erm..lepas buat sume nie.. ada keje lain plak nk buat.. skrg ngah nolong adik buat kerja kusus die..



adik form3.. kne la buat keje kusus geografi.. ermm.. dengan dah lupanya sal geografi nie.. ye la, mana taknya,, da tgl brape tahun dah.. luput dari ingatan.. yang asas2 ni boleh la.. tp yang selebihnye 2.. buat pandai je la... ngee~~ nasib baik ada penolong sy.. sape?? awak?? ermm x la.. tenet la.. apa yang sy tak tahu,, search je la lam tenet nie.. pe susah.. huhu.. pe2 pon mekasih ye blogger2 yang share sy maklumat 2.. arap2 sume tepat dan ok.. ^_^.. aiyyyaa... ble nk ciap keje kusus nie.. lau sy asyik mengadap fb nga blog nie..?? hehe.. k la... tinggal dlu... daa..











Monday, June 20, 2011

selamat hari bapa

sudah lama sy tak update blog ni.. erm... nk buat macam mana bz je manjang..
xsempat nk duk depan laptop ni lame2..huhu.. pe2 pon sy curi masa jugak nak updte
blog ni. xmow la suram je kan.. nanti reader lupa lak kt sy nie... huhu..

tgk tltle ni pon da tau entry ni tuk apekan...? erm.. dari dy kita datang, tp hakikatnye sume dri ALLAH..
sy pon nak ucap selamat hari bapa la kpda abah tersayang..

ABAH....kadang-kadang, abah tak tunjuk pun kasih sayang kpd kami adik bradik.. tp kami tahu,, abah sgt sayangkan kami..! byk mengorbankan segalanya untuk kami.. membesarkan kami dengan sebaiknya.. menjaga kami bila kami susah dan senang.. menenangkan kami bila kami resah.. berada dipangkuan kami bila kami kesunyian.. memberi nasihat yang sangat berguna kpd kami bila kami tak tentu hala.. melayan kerenah kami yang sangat nakal.. mengerah keringat membesarkan kami..

abah.. kami sgt bahagia disamping mu abah!! abahlah inspirasi hidup kami...walaupun kami dirotan ketika dulu.. dimarah.. tapi tu semua mengajar kami erti kehidupan.. menjadikan kami insan yang berguna.. yang bergelar manusia abah...... 

TERIMA KASIH ABAH...
AKU SANGAT BERTUAH MENJADI ANAK ABAH
KAMI SAYANG ABAH SANGAT-SANGAT ^_^



abahku: HJ IBRAHIM ABD MAJID <3 <3 <3











My Photo
cik qisya iffah
hamba Allah yang mengharapkan REDHA-NYA didunia dan diakhirat... * segalanya milik MU *
View my complete profile

Algo sobre mi